Nutrel

Pertama Di Malaysia

Sejarah Akasia Gum

100% Premium Hashab Acacia.
Bukan Seperti Yang lain

"Telah di gunakan selama 4,000 tahun untuk tujuan perubatan, kosmetik dan makanan tambahan. Akasia gum adalah sumber kuno yang sangat bernilai tinggi bagi umat manusia"

Acacia gum adalah yang paling tua dan paling terkenal dari semua jenis gum semula jadi. Kegunaannya telah dibuktikan selama berabad-abad secara ilmiah. Oleh kerana ia mempunyai sifat alami, maka ia telah digunakan secara meluas untuk kesihatan manusia tanpa ada kesan sampingan yang dilaporkan.

ZAMAN PURBA

Pada Zaman Batu, Acacia gum telah digunakan sebagai makanan di Sahara dan sebagai gam pelekat di Afrika, sekurang-kurangnya 70.000 tahun yang lalu. Secara ringkas, akasia gum  berfungsi untuk menjadi salah satu bahan dalam makanan dan bukan makanan sejak zaman kuno lagi.

Sekitar 4000 Sebelum Masihi, Cina dan Jepun menggunakan akasia  gum untuk melukis. Manakala zaman Mesir Kuno sekitar tahun 2650 SM, akasia gum digunakan dalam penyediaan dakwat pen, cat air dan pewarna .  Yang paling banyak  digunakan adalah akasia gum di jadikan sebagai pembalut kepada  mumia supaya ia cepat melekat, bahan utama  dalam produk kosmetik dan juga makanan. Sebagai contoh, direkodkan  bahawa gincu kegemaran Queen Cleopatra dibuat dengan akasia gum  dan beliau  memesan secara khusus tentang bahan tersebut.

ZAMAN YUNANI & KRISTIAN

Orang Yunani kuno juga menerangkan penggunaan akasia gum. Boleh di lihat  dalam tulisan para ahli falsafah Theophrastus ( Herbalist 371-281 SM ) dan Pliny ( Naturalist ) , yang kebanyakan menyebut akasia gum untuk penggunaan terapi , seperti  membuat pembalut luka, untuk menghilangkan kerengsaan, bisul atau luka terbakar, dan untuk menghentikan pendarahan hidung yang teruk.

Pada era Kristiani, penggunaan akasia gum terus berkembang kerana gum ini juga sudah terdapat di Eropah. Selain membantu pendarahan dan gigitan lintah hingga mengurangkan keradangan sumsum tulang, Acacia gum menjadi barang perdagangan seawal abad ke-1 era kita. Pada awalnya ia disebut “Arabic Gum”, merujuk kepada asal-usul  arabnya. Kemudian ia di beri panggilan secara rasmi sebagai “akasia gum”, untuk memperkuatkan  asal usul semula jadi barang dagangan tersebut.

Zaman Pertengahan dan zaman moden sehingga sekarang

Menjelang Abad Pertengahan, akasia gum menjadi pilihan utama  buat para penulis dan ilustrator, yang menggunakannya dalam warna mereka sebagai pengikat pigmen. Ia banyak terdapat dalam manuskrip, cat dan tinta, dan telah digunakan oleh pelukis seperti Rembrandt.

Sekitar abad ke-19, akasia gum digunakan untuk tekstil, tetapi juga dalam litografi dan sebagai bahan dalam cetakan bumromat  fotografi.

Era perindustrian moden telah menyaksikan  ledakan penggunaan pembuatan mengunakan akasia gum. Kertas tanpa karbon, setem, gam, tabung nano karbon dan banyak lagi. Tetapi yang paling meluas, Acacia gum di gunakan dalam bahan kosmetik, farmasi dan makanan pada masa kini. Pengilang barang-barang kepenggunaan ( consumer product) memanfaatkan potensi akasia  gum yang tak terbatas nilai dan  fungsinya sebagai  bahan utama dalam beribu-ribu produk kecantikan, kesihatan dan makanan.